Sunday, February 2, 2014

Cuti-Cuti Krabi Day 1



Assalamualaikum, Salam Sejahtera.....

Kali ini Destinasi Air Asia ke Krabi bersama selebriti kita Cikgu Fatin dan rakan-rakan...(perasan Mak Jemah!!)

Hari ni 1 February 2014 genaplah 2 bulan selepas kali pertama Cikgu menjejakkan kaki ke tanah Krabi.. (kejap Mak Jemah, kejap Cikgu..entri kali ni nk guna Cikgu..suka hati iolls le..semoga cepat sikit dapat posting bila bahasakan diri ini Cikgu)

Maka baru hari ni Cikgu nak kongsi lah pengalaman Cikgu yg bagi Cikgu ohsem la jugak..Cikgu tau ramai dah yang post n bercerita pasal Krabi ni..dan ramai juga rakyat Malaysia yang dah pernah ke sana..tapi pengalaman setiap insan itu berbeza bukan?

Flight Cikgu dari LCCT adalah pada jam 7.30 pagi..maka cikgu bertolak dari rumah pukul 5 ke McDonalds Banting..jumpapada mulanya Cikgu dengan sorang je kawan Cikgu ke sana..kami memang suka buat kerja gila..last minute kami cuak sebab berdua je..maka kami roger kawan kami yang memang sedang memerlukan vacation konon nk release stress untuk join..tapi kawan kami bertolak awal sehari sebab mereka menaiki keretapi...(wah ayat Cikgu)...

Itu kawan Cikgu, nama dia Ciktie (partner in crime)


Cikgu n kawan Cikgu pun berlari2 macam Watson Nyambek kejar flight yang diparkir paling hujung...kata low cost, memang basah la ketiak di pagi hari...teringat zaman jogging kat Kusess dulu..selepas tidur-tidur ayam, kami mendaratlah di Aiport Krabi..pada sesiapa yang tak tahu nak bayangkan rupa Krabi tu macam mana, Krabi ni korang akan feeling macam kt Kedah..Airport dia kecik je macam stesen bas..so weolls samapai dalam 8.40 waktu Thailand..waktu dorang lambat sejam macam Indonesia..
Krabi International Airport..thanks to my Aziz for this shirt..maaf atas kebuncitan Cikgu yang tak terbendung ;D


so Cikgu n Ciktie pn pergilah kt kaunter bas untuk naik bas ke hotel weolls..tiket bas 150baht lebih kurang 15 ringgit..klu korang g reramai boleh la naik shuttle, or taxi...kami berdua je macam membazir plak nak naik benda2 tu kan..plus klu naik van ni dia x berenti kat pjabat tour agent..macam orang selalu cerita bila dorang naik shuttle or bas kn..korang takyah la takut nk berborak dengan penumpang lain dalam bas tu..sebabnya almost semua orang dalam bas tu adalah rakyat Malaysia satu flight dengan awak..haha
Ini lah bas yang membawa kami ke hotel kami..


Perhatian! Cikgu nak awak semua alert dengan sign board hotel..masa awak beli tiket bas, orang kaunter tu akan tanya nama hotel..bagitau je, nanti dia akan roger driver bas, driver bas akan take note..maksudnya driver bas akan berhentikan setiap penumpang betul2 kat dpan hotel masing2..faham?

Sepanjang perjalanan ke hotel, kami nampat Tesco! suasana Krabi Town, tempat2 untuk melawat macam Emerald Pool, gajah2 tu, segala nama pantai, and yang paling kami terkejut bila nampak Krabi Premium Outlet! mcm JPO uolls...tapi xde la besar camtu..dan yang lawaknya bila dah balik Malaysia baru teringat, tak pegi KBO tu!!! Rugi!!!

Sampai la kami di Ao Nang Cliff View Resort..Cikgu booking bilik hotel ni guna Agoda..Agoda ada apps tau kalau belum tau..haha..harga bilik Cikgu n Ciktie ni rm88 sekali dengan breakfast..bilik xde la gah..tapi berbaloi denga harga..breakfast pun x gah, tapi kena dengan tekak Cikgu..alhamdulillah..walaupun most of them yang kerja kat resort tu adalah Siamese yang Non Muslim, tapi ada je yang dari Kelantan, Muslim n boleh berbahasa Melayu dan menunjukkan arah kiblat..yang paling best, setiap bilik ada wifi..chalet kami tu macam rumah pokok je, tapi wifi kami tu pergghhhhh...laju bak hang! Kami sampai hotel tu dalam 9.40 pagi..rezeki kami guest yang sewa bilik kami dh check out, n kami perlu tunggu 20 minit untuk housekeeping pastu kami boleh masuk dah..best kan?sementara tu kami minta receptionist call kan penyewa mortorbike..
Ao Nang Cliff View!!

Sementara menunggu untuk masuk bilik, muka ngantuk dan lapar..

Rumah kami untuk 3 malam...
Bilik kami....


so bila kami dah letak barang motorbike kami dah sampai..sewa untuk satu motorbike biasa yang cute tu 250baht utk 24 jam...maka kami pun pergilah merempit mencari makanan..lapar teramat sangat sbab belum makan apa2 lagi..melainkan sneakers seludup masa kami berada di awan biru :)

Macam mana kami mencari makan?? tunggu malam esok ya Cikgu sambung cerita..Cikgu janji! Cikgu nak tido awal..sebab esok Cikgu ada date dengan ASHHANNAS abang kawasan yang menjual skirt meletop kat Damansara Street Fiest! sapa pergi cuba angkat tangan..cikgu nak kira!

Ok la murid2, kita jumpa esok..Assalamualaikum... :)


No comments: