Tuesday, February 11, 2014

Cuti-cuti Krabi Day 1 (Part 3)

Assalamualaikum..hye!!! Cikgu janji this entry i will finish the story on our first day in Krabi...

Ok kita sambung, macam mana Cikgu g cari kawan Cikgu lagi 2 orang tu.. Sebelum kitorang gerak g Krabi ni, dia ada bagitau nama hotel dia.. The Sun Ao Nang Bungalow.. So kitorang balik our hotel kejap, dapatkan connection wifi n google kat mana arah The Sun Ao Nang tu..Then Cikgu pun merempit la bersama Ciktie ke sana...Tak jauh mana pun..Sampai kat sana kami tanya kat receptionist..Then dia tanya husband dia, ada tak guest nama Hanafi Nahar..and Husband dia jerit..."Hanafi, your friends are here!!!"..Dalam hati aku "Pergh, kamceng sangat dah tu"....Then aku dengar lagi, "Pipat!!! naik aku kt atas ni"...Duhhhh, dia tengah melepak baru bangun tido..hampeh btol...

Lepas berborak jap, and discuss about the island tour, weolls decide nak amek package yang ada kt chalet dorang ni..tak ingat la apa nama tourist agent tu...Mula2 dia offer rm100 for 7 islands..Bapak la murahnyaaaaa...Tapi takde Phi Phi island...Tapi xpela...7 islands kot..and habis activity dengan dorang malam..means ada snorkeling malam..Syokkk kot..Agent  yang lain semua tou 9-4...yang 7 islands ni 1-8...Hanafi n Syahmi ni mulut manis, so tawar punya tawar dapat rm80 je!!!!!!!! yeeeehhhaaaaaaa!!!!!!

Then oleh kerana Hanafi dan Syahmi kelaparan, weolls tunggu dorang mandi and bersiap..then ke Ao Nang Beach balik..

Tu dia yang bawak motor tu Syahmi, n yang membonceng tu Hanafi, my highschool friend...

Ini semua poyo!!!! Dorang duk chalet jeeee...hahaha..chalet Cikgu n Ciktie lg best dari chalet dorang. ;p

Hanafi strike a pose!!! Alkisahnya dia berkaki ayam sebab selipar dia putus!! nasib baik hliday kt pantai, takdelah hodoh berkaki ayam..

Lepas makan, Cikgu n Ciktie terus g shooping souvenir..depan pantai tu berderet kedai souvenir..pilih je!! Weolls shopping awal2 ni beli benda penting2, umpamanya dry pack yang kawan kirim, tshirt untuk diri sendiri dan boypreng dan seluar gobos yang diidam..

Nampak tak pembelian hari pertama?

Lepas tu Cikgu n Ciktie pegi la jalan-jalan kat pantai jap before balik resort kami...Malam tu kami nak g Krabi Night Market..Night market ni Sabtu n Ahad je..disebabkan orang kata souvenir kt sana sangatlah murah, maka kami nak sangat pergi..walaupun jalan gelap takde lampu plus kami hanya menaiki motor untuk jimat, selepas nekad, kami redah gelap malam...Sampai night market kami redah je ntah apa jalan..Akhirnya sampai juga...Kat sana apa lagi, borong la!!!! Thsirt budak rm7 je, kain best boleh tahan, orang dewasa punya rm10..murahhhhh...beli lagi untuk keluarga...keychain, fridge magnet, pouch kecik2 tu better uolls beli kat pasar ni..Berbaloi2!! owh!! pasar ni tutup pkul 9...better korang datang dari petang...Dah puas shopping kami balik cari kedai makan..yang masih buka kedai Sharifah..balun jela....lapar kan..dah knyang pulang lah kami ke hotel dan tidur....................

Ciktie merenung pantai..

Ya Allah perutttttttt.....

1, 2, 3..........
  
Sawadeekappp...
Empat sekawan :D

Ada satu jalan ni  ada arcda kt dinding pasal sejarah Krabi..tapi ktorang x sempat pn nak teliti.....

Sangat la panjang arca ni...



Sehingga berjumpa lagi untuk sambungan Cuti-Cuti Krabi hari kedua....



Friday, February 7, 2014

Cuti-Cuti Krabi Day 1 (Part 2)

Aalamualaikum....Janji Cikgu memang janji dicapati...sorry ler...Cikgu bz sket urus hal2 kerja dan keluarga...ok meh Cikgu sambung cerita..

Macam mana Cikgu cari makan? Cikgu ni jenisnya kalau nak berjalan memamng Cikgu study dulu habis2.. Untung la barang siapa yang berjalan dengan Cikgu ni.. Dengan menaiki skuter comel, Cikgu menggendong Ciktie pergi ke Ao Nang Beach..EH??!!! yakinnya Cikgu pandu skuter, tau jalan ke? Mestilah tau sebab Cikgu kan dah study..salah satu daripada kepelbagaian kecerdasan yang Cikgu ada ialah kemahiran spatial..so Cikgu tengok peta, Cikgu dah tau di mana Cikgu berada dan ke mana Cikgu nak tuju..haaaaaa...bagus kan??



Inilah dia skuter sewaan yang comel tuuuu...

Dalam 5 minit dah sampai kat deretan gerai2 tepi jalan...area hotel mahal2 kat Ao Nang Beach..ikut je main road tu...sampai jumpa...kalau tak jumpa terus jugak tapi jangan la terjun laut...kat deret kedai tu ada Pancake Popular...alaaaa, mesti korang dh tau kan rupa bentuk dia kan? Rasa dia mcm roti canai rangup buh la jem ikut flavour pilihan..aku ni fanatik cekelat, maka aku makan pisang nuttela jela...harga???lbh kurang 4 ringgit..benda ni korang wajib makan kalau sampai Krabi ok?


                                        
Tengok ni Ciktie lapar sangat sampai masa nasi Cikgu sampai dia punya dh tinggal separuh..hehe..Nasi Goreng Seafood

Cikgu punya Nasi Goreng Daging...Rasa?Sedap!!!! Cikgu g kat gerai yang ramai awek2 Siam kerja..

Sawadeekaaaaaaaa (for girls)....jangan makan McD sbb non halal ye...tangkap gambar boleh ;D

Cikgu dan Ciktie merempit...kat sini tak payah pakai helmet, untuk tangkap gambar je pakai...tak yah ada lesen pn boleh bawak motor.. ;D


Jangan lupa tangkap gambar plat no motor anda, sbab motor kat sini semua sama lebih kurang, nanti ada yang x jumpa motor...tersangat banyak!

Seterusnya weolls g la berjalan-jalan cari pakej island tour...Phi Phi Island paling murah pun lebih kurang rm120...kami kena tanya dulu lagi 2 orang kawan yang belum dijumpai di Krabi ni...oleh itu kami pergi cari mereka dulu...Macam mana nak cari dorang kalau takde line n x buat roaming n nak jimat? Wifi pulak tengah problem kat kbanyakan tempat sebab CAT line (ala....mcm TM, P1wimax) tengah problem...Nanti Cikgu cerita ya..Cikgu nak siap2 g kerja...tatatitutu....



Sunday, February 2, 2014

Cuti-Cuti Krabi Day 1



Assalamualaikum, Salam Sejahtera.....

Kali ini Destinasi Air Asia ke Krabi bersama selebriti kita Cikgu Fatin dan rakan-rakan...(perasan Mak Jemah!!)

Hari ni 1 February 2014 genaplah 2 bulan selepas kali pertama Cikgu menjejakkan kaki ke tanah Krabi.. (kejap Mak Jemah, kejap Cikgu..entri kali ni nk guna Cikgu..suka hati iolls le..semoga cepat sikit dapat posting bila bahasakan diri ini Cikgu)

Maka baru hari ni Cikgu nak kongsi lah pengalaman Cikgu yg bagi Cikgu ohsem la jugak..Cikgu tau ramai dah yang post n bercerita pasal Krabi ni..dan ramai juga rakyat Malaysia yang dah pernah ke sana..tapi pengalaman setiap insan itu berbeza bukan?

Flight Cikgu dari LCCT adalah pada jam 7.30 pagi..maka cikgu bertolak dari rumah pukul 5 ke McDonalds Banting..jumpapada mulanya Cikgu dengan sorang je kawan Cikgu ke sana..kami memang suka buat kerja gila..last minute kami cuak sebab berdua je..maka kami roger kawan kami yang memang sedang memerlukan vacation konon nk release stress untuk join..tapi kawan kami bertolak awal sehari sebab mereka menaiki keretapi...(wah ayat Cikgu)...

Itu kawan Cikgu, nama dia Ciktie (partner in crime)


Cikgu n kawan Cikgu pun berlari2 macam Watson Nyambek kejar flight yang diparkir paling hujung...kata low cost, memang basah la ketiak di pagi hari...teringat zaman jogging kat Kusess dulu..selepas tidur-tidur ayam, kami mendaratlah di Aiport Krabi..pada sesiapa yang tak tahu nak bayangkan rupa Krabi tu macam mana, Krabi ni korang akan feeling macam kt Kedah..Airport dia kecik je macam stesen bas..so weolls samapai dalam 8.40 waktu Thailand..waktu dorang lambat sejam macam Indonesia..
Krabi International Airport..thanks to my Aziz for this shirt..maaf atas kebuncitan Cikgu yang tak terbendung ;D


so Cikgu n Ciktie pn pergilah kt kaunter bas untuk naik bas ke hotel weolls..tiket bas 150baht lebih kurang 15 ringgit..klu korang g reramai boleh la naik shuttle, or taxi...kami berdua je macam membazir plak nak naik benda2 tu kan..plus klu naik van ni dia x berenti kat pjabat tour agent..macam orang selalu cerita bila dorang naik shuttle or bas kn..korang takyah la takut nk berborak dengan penumpang lain dalam bas tu..sebabnya almost semua orang dalam bas tu adalah rakyat Malaysia satu flight dengan awak..haha
Ini lah bas yang membawa kami ke hotel kami..


Perhatian! Cikgu nak awak semua alert dengan sign board hotel..masa awak beli tiket bas, orang kaunter tu akan tanya nama hotel..bagitau je, nanti dia akan roger driver bas, driver bas akan take note..maksudnya driver bas akan berhentikan setiap penumpang betul2 kat dpan hotel masing2..faham?

Sepanjang perjalanan ke hotel, kami nampat Tesco! suasana Krabi Town, tempat2 untuk melawat macam Emerald Pool, gajah2 tu, segala nama pantai, and yang paling kami terkejut bila nampak Krabi Premium Outlet! mcm JPO uolls...tapi xde la besar camtu..dan yang lawaknya bila dah balik Malaysia baru teringat, tak pegi KBO tu!!! Rugi!!!

Sampai la kami di Ao Nang Cliff View Resort..Cikgu booking bilik hotel ni guna Agoda..Agoda ada apps tau kalau belum tau..haha..harga bilik Cikgu n Ciktie ni rm88 sekali dengan breakfast..bilik xde la gah..tapi berbaloi denga harga..breakfast pun x gah, tapi kena dengan tekak Cikgu..alhamdulillah..walaupun most of them yang kerja kat resort tu adalah Siamese yang Non Muslim, tapi ada je yang dari Kelantan, Muslim n boleh berbahasa Melayu dan menunjukkan arah kiblat..yang paling best, setiap bilik ada wifi..chalet kami tu macam rumah pokok je, tapi wifi kami tu pergghhhhh...laju bak hang! Kami sampai hotel tu dalam 9.40 pagi..rezeki kami guest yang sewa bilik kami dh check out, n kami perlu tunggu 20 minit untuk housekeeping pastu kami boleh masuk dah..best kan?sementara tu kami minta receptionist call kan penyewa mortorbike..
Ao Nang Cliff View!!

Sementara menunggu untuk masuk bilik, muka ngantuk dan lapar..

Rumah kami untuk 3 malam...
Bilik kami....


so bila kami dah letak barang motorbike kami dah sampai..sewa untuk satu motorbike biasa yang cute tu 250baht utk 24 jam...maka kami pun pergilah merempit mencari makanan..lapar teramat sangat sbab belum makan apa2 lagi..melainkan sneakers seludup masa kami berada di awan biru :)

Macam mana kami mencari makan?? tunggu malam esok ya Cikgu sambung cerita..Cikgu janji! Cikgu nak tido awal..sebab esok Cikgu ada date dengan ASHHANNAS abang kawasan yang menjual skirt meletop kat Damansara Street Fiest! sapa pergi cuba angkat tangan..cikgu nak kira!

Ok la murid2, kita jumpa esok..Assalamualaikum... :)