Saturday, December 26, 2015

Jalan Jalan Bandung Part 2



Assalamualaikum..hai!! rasa nak gelak terbahak-bahak sebab malu kat diri sendiri yang dah lama biarkan blog ni mereput. Since ada instagram ni lebih banyak update kat sana (@afifatinmohdnook)

So today Fatin nak sambung cerita jalan-jalan bandung yang dah setahun berlalu tu. Well post ni sesuai untuk mereka yang first time ke Bandung (boleh baca kat sini mcm mana mulanya my journey) and tak ambil mana-mana pakej percutian.

Selepas agak-agak selesai shopping barang kawen kat Pasar Baru, we decided to go to Tangkuban Perahu lah untuk satu hari. So Fatin pun google for "servis kereta sewa dan pemandu di Bandung". Since kami semua just beli simcard for data, Fatin gunalah phone kat receptionist untuk call those numbers yang offer service supir. And we manage to get a Daihatsu car with driver untuk bawa kami ke Tangkuban Perahu. Make sure to deal the price masa call tu. Jangan nanti dah sampai kereta tu korang kena ketuk harga pulak. Standard rate kat Bandung untuk 1 hari dalam 400 ribu. Pandai-pandai la korang tawar ya. Tips nya kalau setakat nak jalan-jalan dalam Bandung, naik je Blue Bird. nak lagi murah naik angkutan harga posen posen je. Kami ni kalau pegi tempat orang mesti nak rasa naik public transport. hehe..

Meh la cuci mata tengok gambar.

Ni la dia our ride untuk ke Tangkuban Parahu

Kawah / Mulut Gunung Berapi

Bakal pengantin lagi masa ni..ihiks

Take turn nak bergambar kat sini.

Korang akan berjalan kat laluan tepi kawah tu

Ratu Banting ke Bandung..haha
Cak!!!
Add caption

Bakso ni memang sedap. Sangat sedap!!! Korang kena cuba..ada 2 tempat jual bakso, kat kawah ratu ada 1..yang ni atas lagi dari kawah ratu.

 


Dari Tangkuban Parahu kami turun ke Kampung Daun. Kat sini cantik kalau nak tangkap gambar.

Dekat sini kalau nak beli korang kena tukar duit dengan token. Token macam kat game arcade tu.

Pisang cheese. Banyak-banyak pisang goreng, paling sedap adalah pisang tanduk. Yumss..

Fatin pilih yang ni..delicious!
Banyak gila ikan!!

Duduk tepi ni lama-lama..tenang..

Kawasan sekitar yang boleh krang explore





Boleh feeling2 naik boat gitteeww




Malam tu kami makan kat Stone Cafe. Stone Cafe tu kat atas bukit. So boleh la tengok Bandung di malam hari.


Sebelum ke airport hari terkahir, kami singgah di Rumah Mode. Siapa yang memilih soal pemakaian, tak perlu buang masa ke Factory Outlet yang lain. Rumah Mode sudah memadai.


 Menghabiskan baki Rupiah. (Sebenarnya siap withdraw lagi)

Bye-bye Bandung. Sampai ketemu lagi.





No comments: