Assalamualaikum..hello!!
Hantaran ni memang selalu (wajib bagi sesetengah family) diadakan masa kahwin besides mas kahwin (orang sekarang suka sebut mahar) as appreciation for each other. It's up to you nak buat ke tak, your wedding ikutlah citarasa masing-masing. Ada yang bagi hantaran masa bertunang, tak bagi dah masa kahwin (kurang serabut lah masa kahwin / boleh cut cost). Ada yang bagi masa nikah je, bertunang cuma bawak tanda (majlis bertunang simple / nak grand masa wedding / nak album kahwin cantik pakej dulang boys and girls / boleh cut cost juga ) macam saya =)...Ada yang bawa masa berarak nak bersanding (ni style dolu-dolu..meriah kau!!). Ikutlah awak semua nak macam mana. Bincanglah elok-elok sesama keluarga.
Tips untuk sediakan hantaran ni ada macam-macam. Zaman sekarang ni ada yang nak simple, mewah, hipster, old school, moden, dalam aquarium, dalam kotak..macam-macam.. Gubahan pulak ada yang nak fresh flower, ada nak artificial / plastik, ada yang nak buang bunga dari crystal..choose wisely ikut masa dan bajet.
Barang Atas Dulang.
If you are afford to buy everything sekali gus, then nak beli a month before wedding pun no problem. If you guys nak beli yang pricey tapi sayang duit tapi nak jugak, menabung dan beli lah sikit-sikit. Yang penting ikut keperluan dan kemampuan. Jangan membazir.
Fatin bagi Aziz.
1. Macbook 3 bulan awal since lappy lama dia memang dah tak boleh on. Memang kami beli dan guna dulu. Have too sebab nak buat kerja..hahahaha..but jaga elok-elok haaaa (warning awal-awal).
2. GoPro. Kami beli sebab Fatin dah jual DSLR Nikon yang jarang pakai. You know kalau jarang pakai boleh berkulat. Sayang terletak je bawah katil kat hostel dulu so Fatin let go kat kawan. We just have camera digital biasa je. So sebab nak honeymoon nanti nak gambar cun sikit, we decided to buy a GoPro.
3. Kasut. Aziz berkenan 1 kasut ni kat Clarks. Kami beli sepasang je kasut Aziz untuk wedding kami. Pilih design yang sesuai dengan both baju bersanding and bertandang dan boleh pakai pegi kerja juga. Kelas laki I mengajar kat hutan pakai Clarks. haha.. It's okay, yang penting selesa dan berguna. Actually kami jumpa kasut tu kat Clarks JBCC. But the SA refused to give us the new pair. Nak bagi yang display. Yela, Aziz pakai tak nampak macam mampu agaknya. Huhu..So cari lah kat Clarks Alamanda, Setia City, Mid Valley sampai Aziz balik Sarawak dah habis cuti tak lah jumpa. Until one day, Fatin nak tengok movie dengan Ciktie (my bridesmaid) kat AEON Bukit Tinggi, tengok Clarks dia..Alhamdulillah...Jumpa juga akhirnya. And the SA pun so friendly. Kasut ni kami letak atas dulang hantaran, so masa sanding esok tu amek kasut tu pakai. Jimat takyah beli dah kasut lain.
4. Perfume. Since Aziz just pakai Body Shop je dari study sampai kat Sarawak (tu je la yang dia berkenan dan value for money sebab laju dia abeskan perfume dia), beli lah yang up sikit dari Body Shop untuk kawen kan? So bulan masa tu ada sale perfume kat Sogo, kebetulan hantar kain kat butik Medan Mara tu, testing punya testing, dia nak GIO (Armani). Around RM325 tak silap. Complete dengan deodorant, samples, and mini CODE.
5. Skin care. Fatin nak beli Kiehls, tapi Aziz kata takyah beli mahal-mahal sebab dia malas nak pakai. LOL, bini hang nak bagi hang handsome hang boleh malas. Tapi memang betul pun, Fatin belikan Body Shop Vit C set tu dia pakai seminggu sekali pun tak agaknya. Mentang-mentang duduk jauh, bini tak membebel suruh cuci muka pakai serum. Set ni around rm250 kot. Tak ingat.
6. Jam. Fatin beli 6 bulan awal masa Xmas Sale kat JPO. Fatin tengok normal price around rm500, tapi kamu beli tu dalam rm320 camtu. Fatin sangat galakkan beli benda-benda camni masa Xmas Sale. Bukan basi pun. Unless nak yang latest edition ke new arrival ke.
7. Set Baju Kerja. Seluar, kemeja and tie. Fatin beli Bonia kat Sogo masa tu tengah Sale Xmas jugak la kot. Semua tu dalam rm200. Rasa macam nak jejoget je..RM200 tu selalu cuma sehelai seluar n baju SEED je.
Aziz bagi Fatin.
1. Mas Kahwin. Mula-mula Aziz nak bagi duit untuk mas kawen and bangle untuk batal air sembahyang. Tapi bila fikir-fikir nanti duit tu habis camtu je. So tukar plan beli cincin untuk batal air sembahyang, bangle tu buat mas kawen. Ok, tips dia kat sini, kalau nak beli cincin diamond, beli la masa hujung tahun (make sure yakin nak kawen dengan boyfriend and tunang korang tu) sebab HABIB, Tomei, Diamond & Platinum etc selalu buat sale up to 50%. Kalau nak beli emas padu 999 or 916 beli la masa harga tengah murah. Macam Fatin beli bangle tu masa harga rm126 per gram. Fatin balik Kelantan masa tu terus call Aziz tanya berapa budget untuk barang kemas. Cepat-cepat beli. Masa Fatin kawen aritu emas dah naik sampai rm170 paling tinggi.
2. Jam. Fatin beli sama kat JPO. Tengok kat IG semua jual aroung rm460. Fatin beli dalam rm340. Jam lama tapi Fatin dari dulu berkenan yang tu.
3. Handbag. Masa kat JPO tu Fatin tengok-tengok jugak Coach. Yela Xmas Sale kan? Tapi harga lepas discount pun still mahal dari beli kat IG. MK ke Kate Spade ke still kat IG lagi murah. So Fatin decide preorder kat IG ke. Fatin beli dengan @thesszshop service terbaik.
4. Skincare. Fatin beli kt Estee Lauder JBCC. Kesahnya saje nak survey and teste skincare. SA tu apply essence and night repair serum kat tangan. Dah sejam lepas dia gosok-gosok tu mak ih, lembutnya tangan I..terus patah balik pegi beli. Banyak miniature dia bagi free..I loike..Haha
5. Perfume. Pun Fatin beli kat Estee Lauder tu jugak malas dah nak fikir-fikir.
Gubahan Dulang Hantaran.
Fatin banyak study gubahan kat IG. And Fatin nak guna fresh flower. Seriously Fatin nak buat sendiri for both sides. Then my senior kakak sayang Dira Asri cakap jangan nak mengada ko nak kawen sebok buat hantaran. Meh aku buat. Haha..So my hantaran digubah oleh Kakak Sayang Dira Asri and Mama. Fatin sewa dulang and pahar segala tu kat IG @lovely_rizzara. Sekarang lagi banyak dulang cantik-cantik. Well if you stay near KL, boleh mintak dia gubahkan. Fatin borong fresh flower Jumaat sebab nikah Sabtu. Borong dekat Green Florist Klang, located at Bandar Bukit Tinggi. Beli sekali untuk hand bouquet nikah and sanding. Hand bouquet Fatin buat sendiri. Then hantar la dedulang dan bebunga ke rumah Kak Dira. Thanks to my Bridesmaid sebab jadi driver hari tu. My car Aziz bawak balik kampung dia sebab Fatin amek dia kat airport suruh dia drive sendiri. haha..And special thanks to Ain Mummy and Ain Amin sebab jadi runner amekkan my dedulang kat Kak Dira. Such a blessed dikelilingi orang baik-baik. Semoga Allah murahkan rezeki mereka ini. Amin.
Okey selesai lah sharing pasal hantaran. Jom layan gambar.
P/S : Siapa nak borong kain untuk dulang boys and dulang girls boleh email or check ig @potpourribyfa ok?
No comments:
Post a Comment